Blog Kebun Pisang Berangan

Cepat jugak jantung pisang keluar…baru enam bulan…apa apa pun syukur kepada Allah…yang Maha Memberi Rezeki kepada hamba-hambanya walaupun mereka itu lalai sekalipun….

Pisang dah berjantung.....ni yg pertama sekali keluar jantung...

Skrg ni dah 5 bulan lebih umur pokok-pokok pisang tu…tak lama lagi bolehlah tebang jual..time tulah kami kalut nak cari pemborong..maklumlah first time nak jual..apa-apa pun, diharapkan kami akan dapat harga terbaik…

Ni ada gambar-gambar pokok yang baru ditanam, baru nak masuk 3 bulan umur. Pisang jenis pisang berangan jugak yang ditanam.

Semua anak pokok pisang ni diambil dari Selangor, allhamdulillah setakat ni pokok-pokok ni tahan penyakit dan nampak suburlah tumbuhnya.

Ni gambar orang kuat disebalik projek kami ni. Beliau mengusahakan kebun yang mempunyai 5000 pokok pisang berangan seorang diri. Kadang-kadang beliau mendapatkan bantuan (on need basis) daripada rakan-rakan beliau.

Di hadapan tapak penanaman baru yang mempunyai 3700 pokok pisang yang berumur 3 bulan.

 

 

 

Saya ada balik melawat kebun baru-baru ni sempena cuti sekolah. Pokok-pokok pisang dah besar-besar dan kelihatan segar-bugar sekali. Umur sekarang dah 5 bulan lebih. Ada gambar sikit yang sempat saya ambik.

Pokok-pokok pisang kami dah semakin besar..semakin menampakkan hasil..mudah-mudahan Allah lindungi pokok-pokok ni, moga berjaya dituai dengan keuntungan berlipat ganda

Kami tanam pokok pisang berangan. Gambar di bawah ni menunjukkan pokok pisang yang sudah berumur 2 bulan. Sekarang ada lebih kurang 4800 pokok.

 

Segar nampak pokok pisang ni. Orang pertanian ada datang tengok kebun pisang ni. Mereka mengatakan tanah ini sangat subur dan sesuai untuk tanaman pisang. Mungkin sebab itulah pokok-pokok kami tumbuh dengan subur dan segarnya….

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.